ISU DAN MASALAH OKU

ISU DAN MASALAH KEMUDAHAN PRASARANA OKU DI BANGUNAN DAN LALUAN AWAM DI BANDAR DAN LUAR BANDAR, - melibatkan dari perancangan dan pelaksanaan
ISU DAN MASALAH KEMUDAHAN PRASARANA OKU DI BANGUNAN DAN LALUAN AWAM DI BANDAR DAN LUAR BANDAR, - melibatkan dari perancangan dan pelaksanaan

1. PERINGKAT PERANCANGAN

Kurang kesedaran dikalangan PIHAK BERKUASA PERANCANGAN  menyebabkan peruntukan kemudahan OKU seringkali terlepas pandangan atau disediakan tidak mengikuti spesifikasi yang dikehendaki. Lukisan yang dikemukakan untuk projek yang besar biasanya dalam skil yang perincian untuk kemudahan OKU tidak dapat diteliti atau dikenalpasti tentang spesifikasi.

•Pemaju seringkali bermotif untuk mendapat keuntungan yang maksima di mana penyediaan kemudahan OKU hanya sekadar memenuhi syarat yang minima shj
•Tidak ada kesenambungkan dalam laluan untuk OKU dalam skala makro sebuah pembangunan menyebabkan penyediaan infrastruktur yang mesra OKU terputus-putus dan akhirnya tidak dapat digunakan oleh OKU dengan sepenuhnya

2. PERINGKAT PELAKSANAAN

•Kontraktor dan pekerja pembinaan biasa tidak mahir dengan butiran untuk kemudahan OKU seringkali kerja yang disiapkan tidak memenuhi spesifikasi.
•Sikap tidak acuh pekerja yang beranggap bahawa perbezaan seinci tidak akan menjejaskan kegunaan sesuatu kemudahan, contohnya kecuraman ramp dan drop kerb
•Kurang pengetahuan dalam penyediaan kemudahan OKU

3. PERINGKAT PENGUATKUASAAN

•Salah guna tempat letak kereta OKU
•Tandas OKU dijadikan bilik stor
•Tiada stiker khas utk parking OKU
•Kerjasama antara semua agensi utiliti dalam penyediaan kemudahan OKU
•Kurang penyelenggaraan
•Pihak ketiga menghalangan kemudahan OKU seperti barangan dan objek

Perakuan dan penerimaan Biwako Millennium Framework For Action (2002) merupakan satu manifestasi, komitmen dan kesungguhan Kerajaan ke arah mempertingkatkan taraf dan kualiti kehidupan golongan OKU di mana Malaysia perlu mencapai sasaran 75% ‘barrier-free” untuk persekitaran di dalam dan luar bangunan pada tahun 2012 ini.

•Kawalan terhadap gunatanah, perancangan dan proses merekabentuk yang melibatkan keperluan untuk OKU dilaksanakan melalui penguatkuasaan sistem perundangan iaitu akta,undang-undang kecil, enekmen dan garis panduan perancangan dan rekabentuk, digunakan oleh kerajaan persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan.

Kami harap akta yang ada di kemaskini, penguatkuasaan akta di buat kerana sifat tanggungjawap dan prihatin, Bermula peringkat Perancangan Pelan,, pegawai perancang bandar, akitek, jurutera struktur, Qs kena peka dan tahu specsifikasi rekabentuk untuk oku.

Konsep rekabentuk seragam boleh diguna pakai, kerana semua pihak boleh guna kemudahan, kerajaan atau swasta tak perlu buat 2 rekabentuk , memadai buat satu rekabentuk standard, dimana OKU dan orang normal boleh guna. Ia menjimat bajet dan ruang.

Perlaksanaan projek semua pergawai dan penyelia projek kena peka dengan masalah kami oku. Pastikan kontraktor yang buat kerja ikut spec dan ujian perlu dibuat sesuai atau tidak. Kami tak mahu projek dibuat belanja besar tapi tak boleh guna.

No comments:

Post a Comment