AKTA

AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008(Akta 685)
AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008(Akta 685)

Akta ini telah mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan orang kurang upaya, penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya

AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008 - definisi ‘ketidakupayaan’
“Mengiktiraf bahawa ketidakupayaan (disability) merupakan konsep yang sentiasa berkembang dan bahawa ketidakupayaan terhasil daripada interaksi antara OKU dengan halangan sikap dan persekitaran (attitudinal and environmental barriers) dan persekitaran yang menyekat penyertaan penuh (equal participation) dan berkesan mereka dalam masyarakat atas asas kesetaraan (equality) dengan OKU

AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008 - klausa 16B) BAB 1: KEBOLEHAKSESAN
 

SEKSYEN 26 (1)
Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk akses kepada dan menggunakan kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam yang dibuka atau disediakan kepada orang ramai atas asas kesetaraan dengan golongan OKU.

SEKSYEN 26 (2) kerajaan dan penyedia mana-mana kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam hendaklah memberi pertimbangan yang sesuai dan mengambil langkah yang perlu untuk memastikan bahawa kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan bangunan awam itu serta penambahbaikan kelengkapan yang berkaitan dengannya menepati reka bentuk sejagat bagi memudahkan akses kepada dan penggunaan oleh Orang Kurang Upaya.

SEKSYEN 27 (1) Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk akses kepada dan menggunakan kemudahan, ameniti dan perkhidmatan pengangkutan awam yang dibuka atau disediakan kepada orang rami atas asas keseteraan dengan orang upaya.

SEKSYEN 27 (2) Kerajaan dan penyediaan mana-mana kemudahan, ameniti dan perkhidamatan pengangkutan awam hendaklah memberi pertimbangan yang sesuai dan mengambil langkah yang perlu untuk memastikan bahwa kemudahan, ameniti dan perkhidmatan pengangkutan awam itu menepati reka bentuk sejagat bagi memudahkan akses kepada dan penggunaan oleh orang kurang upaya.

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) termasuk Akta Pindaan 1995 (Akta A 933) dan Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 (Akta 267)

Akta ini telah digunakan dalam setiap sistem perancangan dan pembangunan hartanah di setiap negeri di Malaysia dan Jawatankuasa Perancangan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dengan kuasa budi bicara yang ada boleh mengenakan syarat dan keperluan kemudahan untuk golongan kurang upaya di dalam setiap perancangan dan pembangunan yang dijalankan.

Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133)
Seksyen 133 Bahagian VII merupakan salah satu bahagian yang memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk membuat undang-undang kecil yang difikirkan perlu untuk melaksanakan peruntukan di dalam akta ini.

Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam, 1984

Peruntukan undang-undang kecil 34A yang mewajibkan agar semua bangunan yang boleh dikunjungi awam disediakan kemudahan OKU di dalam dan luar bangunan perlu mengikuti piawaian Malaysia MS 1184 dan MS 1331.

Notis pindaan kepada UKB 1984 mengenai kehendak dan keperluan OKU dalam bangunan telah digazetkan seperti berikut

1. Perlis – 3 March 1994 – PS.P.U.2
2. Kedah – 30 November 1992 –
3. Penang – 11 November 1993 – Pg.P.U.26
4. Perak – 13 May 1994 – Pk.P.U.26
5. Selangor – 20 January 1994 – Sel.C.U.95
6. Negeri Sembilan – 31 January 1991 – N.S.P.U.95
7. Melaka – 22 May 1996 -
8. Johor – 7 May 1992 – J.P.U.14
9. Pahang – 28 March 1996 -
10. Terengganu – 15 December 1993 -
11. Kelantan – 3 July 1992 – Kn.P.U.5/92
12. Federal Territory – 13 August 1993 – P.U.A.305/92

1.Seksyen I mengkehendaki disediakan aksesibiliti bagi membolehkan golongan OKU masuk, keluar, dan bergerak di dalam bangunan serta rekabentuk kemudahan aksesbiliti itu mestilah sesuai untuk golongan OKU.

2.Seksyen II menetapkan bahawa spesifikasi kemudahan golongan OKU hendaklah mengikut Piawaian Malaysia MS 1183 dan MS 1184.

3.Seksyen III,IV dan V menetapkan bahawa ;pelan-pelan bangunan yang dikemukakan mestilah mematuhi Piawaian Malaysia, iaitu dengan memasukkan kemudahan bangunan untuk OKU serta syarat menyediakan kemudahan bagi golongan OKU untuk bangunan yang ingin diubahsuai.

4.Seksyen VI menyenaraikan bangunan–bangunan yang dikehendaki menggunapakai undang-undang ini untuk kemudahan OKU. Antaranya bangunan kerajaan, terminal, hospital, hotel, dewan dan pusat rekreasi, taman dan sekolah

KOMEN OKU

AKTA ORANG KURANG UPAYA

Akta Orang Kurang Upaya diluluskan di Parlimen pada 24 Dis 2007 dan diwartakan pada 24 Jan 2008 sebelum dikuatkuasa pada 7 Julai 2008.

Menurut peguam-peguam, ramai OKU merungut bahawa Akta OKU 2008 hanya sebagai akta bercorak pentadbiran dan bukan penguatkuasaan kerana akta tersebut tidak mempunyai kuasa dan tiada tindakan penalti bagi mereka yang tidak mematuhi dan mendiskriminasi OKU.



AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008(Akta 685)

Kita harap akta oku di tambah baikan supaya akta ini boleh menegur dan menegaskan kuatkuasa akta oku. Pihak majlis OKU Kebangsaan perlu terlibat dalam komen pelan pembangunan baru

Setiap Majlis Bandaran atau Majlis Daerah perlu ada pegawai audit Prasarana OKU  agar projek yang  akan dibuat dan sedang dibuat mengikut spec OKU




7 comments:

  1. Salam. Saya oku fixikal yg berjawatan tinggi di pos Malaysis. Saya telah dipecat majikan kerana (pos Malaysi) kerana persepsi dan butuksangka sifat oku ku yang telah pitam 2ksli dipejabat.
    Wlaupun kes representasi sedang berlandung. Di mahkamsh perusahaan arahan Zmenter KSM,saya kecewa kepada sgensi pelsksana dpt jkm
    Kpwpm majlis oku tidsk prihatin dslam rayuan oku memohon nasihat semasa pembelaan samada peringkat syarikat atau mahkamah.

    Kes yg mendapst publisiti media ini pelyang terbaik majlis turun padang sejajar matlamat berterusan menambsh bsik akta oku

    Sy sudah hilang percaya kpd majlis oku yv tifak menjalankan fungsi. Kekevewasn turut berlaku apabila mereka hanya fokus isu remeh dan peluang jana pendapata pelaksanaan akta oku atau sumbangan dsna kopirat. Ssya telah mrndapst mandat PM untuk tampil melakukan perubshsn .
    Harap maklum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf banyak typo sebsb daya menaip sebelah tangan. Oku fixikal dan menggunakan hp yg kecil kerana tiada PC

      Delete
    2. Mohon hubunngi melalui

      01139442124. Dan hadir di mahkamah perusahaan Kl

      Untuk sama lihat dsn belajar intipati kes
      Agar tuada insan oku terus dipijak dan dihini
      Majikan PosMslaysia bercanggah janji melindungi dan khidmat nadihst undsng2

      Delete
  2. Mohon jkm menbuat akta yg membantu kami pekerja oku yg ditindas seperti akta kekasaran terhadap oku,akta penindasan oku berkerja,akta paksaan kepada oku Dan lain2 kerana syarikat swasta sering menindas kami pekerja oku untuk menjadi sebab kami meletak jawatan..terima kasih

    ReplyDelete
  3. penindasan terharap kami oku 2019 mohon jkm membuat akta yg membantu kami supaya pekerja oku yg ditindas tidak berlaku terhadap oku ...yg berkerja

    ReplyDelete
  4. Masalah penguatkuasaan yang lemah

    ReplyDelete
  5. Adakah ada tempat dan waktu yg sesuai untuk pekerja oku di sektor swasta, mohon penjelasan

    ReplyDelete