Thursday, October 10, 2013

Guna akta jalan parit dan bangunan 1974 untuk kuatkuasa prasarana OKU

Guna akta jalan parit dan bangunan 1974 untuk kuatkuasa prasarana OKU
Guna akta jalan parit dan bangunan 1974 untuk kuatkuasa prasarana OKU. Seseorang yang tidak mematuhi kehendak-kehendak undang-undang kecil ini boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit dan juga boleh dikenakan denda tambahan tidak lebih daripada satu ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepaskan dijatuhkan hukuman (Rujukan: Sek. 127, Akta Jalan, Parit Dan Bangunan. 1974).

Sekurang-kurangnya kemudahan-kemudahan berikut hendaklah disediakan di bangunan sediada mengikut MS 1183 dan MS 1184:-
  1. –‘ramp’ dengan kecerunan tidak lebih daripada 1:12 hendaklah disediakan sebagai kemudahan masuk/keluar dari paras jalan akses ke paras ruang legar bangunan;
  2. –tandas khas untuk kegunaan OKU hendaklah disediakan 1 tandas khas : 100 (atau sebahagiannya) tandas biasa;
  3. –ruang-ruang khas untuk meletak kereta untuk OKU hendaklah disediakan dengan kadar 1 ruang khas : 100 (atau sebahagiannya) ruang biasa tertakluk kepada sekurang-kurangnya 2 ruang khas hendaklah disediakan bagi kegunaan OKU;
  4. –Minima satu lif penumpang hendaklah disediakan untuk kegunaan OKU dan lif berkenaan hendaklah dikawal oleh seseorang pengawal lif sepanjang masa bangunan dibuka kepada orang awam, sekiranya lif tersebut tidak dilengkapkan dengan cirri-ciri yang ditetapkan dalam MS 1183 dan MS 1184.
  5. –Lif bomba boleh digunakan untuk mengeluarkan OKU dari bangunan pada masa kecemasan tertakluk kepada ‘evacuation’ dilaksanakan di bawah arahan dan kawalan pengurusan bangunan dengan menggunakan suatu prosidur dalam MS 1183; dan
  6. –‘refuge’ hendaklah disediakan pada tiap-tiap tangga terlindung di setiap tingkat. Refuge tersebut merupakan tempat terlindung sementara bagi OKU sementara menunggu bantuan untuk mengeluar dari bangunan pada masa kecemasan.

No comments:

Post a Comment