Cinta OKU hingga kejinjang pelamin. Cerita dari FELDA BUKIT BADING - “Walaupun sekadar berkenalan melalui facebook,
namun saya dapat rasakan suami seorang yang baik hati. Melihat sendiri
dia memandu kereta walaupun tiada tangan, suara hati saya kuat
mengatakan dia bukan OKU biasa.”
Demikian secebis kisah cinta antara Hedza Azwin Hasbullah, 25, yang
disatukan dengan seorang OKU dari Felda Bukit Bading, Mat Jamil Ramli,
29, pada 6 September lalu, manakala majlis sambut menantu pula diadakan
di sini, kelmarin.
Hedza Azwin yang berasal dari Melaka berkata, dia mula berkenalan
dengan suaminya menerusi facebook sekitar 2010 dan pada awalnya hanya
menganggap Mat Jamil sebagai kawan biasa serta rakan sekerja
memandangkan mereka bernaung di bawah syarikat sama, tetapi berlainan
cawangan.
Namun katanya, lama-kelamaan perasaan sayang mula bercambah kerana sikap Mohd Jamil yang begitu mengambil berat dan baik hati.
“Suami bekerja sebagai pereka grafik di Subang Jaya, manakala saya di
Melaka. Mulanya saya sukar mempercayai dia boleh memandu kereta, namun
tanggapan itu berubah ketika kami bertemu apabila dia (suami) datang
sendirian sambil memandu kereta.
"Ketika itu hati saya kuat mengatakan suami bukan calang-calang orang.
Walaupun OKU, saya yakin dia seorang yang berdikari dan kuat semangat.
Biarpun suami tidak sempurna, namun saya tidak rasa kekurangan itu,
sebaliknya bersyukur kerana bertemu jodoh dengan insan yang sentiasa
berfikiran positif,” katanya, kelmarin.
Sementara itu, Mat Jamil yang merupakan anak ketiga bagi pasangan Ramli
Husin, 55 dan Jarah Mohamad, 52, berkata, dia tidak mempunyai kedua-dua
belah tangan sejak lahir dan bersyukur kerana dikurniakan isteri yang
cukup memahami.
“Walaupun tidak mempunyai tangan, saya sentiasa berfikiran positif.
Sejak kecil saya dididik berdikari, malah saya turut mengambil SPM
bersama pelajar normal pada 2003 di SMK Ajil,” katanya
No comments:
Post a Comment