CONTOHI PKNS YANG MESRA OKU. Prihatin dengan kemudahan Orang Kelainan Upaya (OKU), Perbadanan
Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tampil membina rumah kos rendah yang
mesra golongan berkenaan. Sebagai permulaan terletak di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi sebanyak
empat unit rumah dibina khas untuk OKU dan konsep ini mendapat pujian
dari Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul
Samad.
Beliau yang ditemui selepas mengadakan lawatan tapak bagi melihat
perkembangan projek ini berkata idea ini akan digunakan untuk beberapa
projek perumahan mampu milik yang akan dibina kelak. “Tahniah saya ucapkan kepada PKNS dan pihak arkitek kerana memikirkan konsep ini dengan menampilkan beberapa kemudahan kepada OKU.
“Reka bentuk disini lebih luas berbanding rumah kos rendah. Tedapat
balkoni bagi setiap rumah serta disediakan tempat santai dan berkumpul
untuk orang ramai di tingkat atas,” katanya.
Katanya, setakat ini Kerajaan Negeri masih berbincang untuk
memperuntukkan beberapa unit rumah kepada OKU dalam projek perumahan
akan datang.
Konsep ini sebenarnya difikirkan hasil perbincangan secara menyeluruh melibatkan pihak Kerajaan Negeri, pemaju dan swasta.
Kos pembangunan projek ini ditanggung sepenuhnya oleh PKNS dengan
keluasan 700 hingga 800 kaki persegi (kps) dan ia terletak di atas tanah
pegangan bebas. Harga jualan bagi seunit pangsapuri ini dalam lingkungan RM60,000 hingga RM99,000 dan dijangka tidak melebihi RM150,000.
KOMEN
SAYA SOKONG DAN CADANG DI PERLUASKAN KONSEP INI, TAHNIAH PKNS
No comments:
Post a Comment