SOKONG WAKIL OKU DI PARLIMEN. Kami golongan OKU sokong langkah kerajaan lantik wakil oku sebagai senator. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sudah
menyerahkan beberapa nama untuk dipertimbangkan sebagai senator dalam
kalangan orang kelainan upaya (OKU) sebagai wakil di Dewan Negara.
Ia berikutan keputusan kerajaan yang bersetuju melantik wakil OKU
bagi memastikan ada wakil daripada golongan itu untuk menyuarakan
sebarang isu dan masalah dihadapi mereka.
Bagaimanapun, Menterinya Datuk Rohani Abdul Karim berkata, buat masa ini pihaknya enggan mendedahkan nama berkenaan.
“Nama yang dicadangkan itu mewakili pelbagai kategori OKU, tetapi
apa yang pasti ialah kita mahu seseorang yang aktif dan boleh
menyuarakan pelbagai perkara mewakili OKU di negara ini. “Kita
menunggu i pengumuman berkenaan dan kemungkinan ia akan diumumkan dalam
masa terdekat memandangkan kerajaan memberikan maklum balas terhadap
cadangan ini sejak dua minggu lalu,” katanya pada sidang media selepas
majlis ramah mesra bersama Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) di sini,
semalam.
No comments:
Post a Comment