hukum mengerja haji bagi oku
Wednesday, October 16, 2013
Saturday, October 12, 2013
JENIS KATEGORI OKU
Bagi maksud pendaftaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengklasifikasikan Orang Kurang Upaya kepada tujuh (7) kategori utama ketidakupayaan seperti berikut:
1. Kurang Upaya Pendengaran
Individu yang tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran. Terdapat 4 tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU pendengaran, iaitu:
Minima (Mild) - (20 - < 30 dB) (untuk orang dewasa)
Sederhana (Moderate) - (30 - < 60 dB)
Teruk (Severe) - (60 - < 90 dB)
Sangat Teruk (Profound) - (> 90 dB)
2. Kurang Upaya Penglihatan
Individu yang tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad sama ada di sebelah atau di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan sepeti cermin mata atau kanta sentuh. OKU penglihatan yang dimaksudkan boleh dibahagi kepada:
Buta (Blind)
Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 10 darjah daripada fixation;
Penglihatan Terhad (Low Vision/Partially Sighted)
Penglihatan lebih teruk daripada 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang daripada 20 darjah daripada fixation.
3. Kurang Upaya Fizikal
Seseorang yang mengalami ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan fungsi atau tidak mempunyai satu anggota di mana-mana bahagian anggota badan termasuklah keadaan anggota yang tidak sempurna yang mana keadaan ini akan menjejaskan keupayaannya. Jenis yang termasuk dalam kategori ini ialah kerdil, kudung tangan atau kaki atau keduanya, kudung ibu jari tangan, lumpuh, spina bifida, muscular dystrophy dan cerebral palsy. Bagi kekurangan (impairment) yang tidak menjejaskan fungsi seperti kudung satu jari, mempunyai 6 jari atau lebih dan tidak ada atau kurang sempurna cuping telinga tidak dikategorikan sebagai kurang upaya fizikal.
4. Masalah Pembelajaran
Seseorang yang menghadapi masalah kecerdasan otal yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah lembam, down syndrome, kurang upaya intelektual, autisme, Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), masalah pembelajaran spesifik (dyslexia, dyscalculia, dygraphia) dan lewat perkembangan global (global development delay).
5. Kurang Upaya Pertuturan Individu yang mengalami masalah pertuturan tetapi boleh mendengar.
6. Kurang Upaya Mental
Seseorang yang menghadapi penyakit mental yang teruk yang telah menjalani rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya 2 tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat daripada penyakit yang dialami, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat walaupun setelah menjalani rawatan psikiatri. Antara jenis-jenis penyakit mental tersebut adalah Skizofrenia, Mood Disorder dan Organic Mental Disorder yang serius dan kronik.
7. Kurang Upaya Pelbagai
Individu yang mengalami lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan di bawah mana-mana lima (5) kategori lain yang sedia ada. Contohnya, seorang individu yang mengalami 2 jenis ketidakupayaan dari segi penglihatan dan pendengaran akan didaftarkan dalam kategori kurang upaya pelbagai.

Friday, October 11, 2013
CONTOHI PKNS YANG MESRA OKU
CONTOHI PKNS YANG MESRA OKU. Prihatin dengan kemudahan Orang Kelainan Upaya (OKU), Perbadanan
Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tampil membina rumah kos rendah yang
mesra golongan berkenaan. Sebagai permulaan terletak di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi sebanyak
empat unit rumah dibina khas untuk OKU dan konsep ini mendapat pujian
dari Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul
Samad.
Beliau yang ditemui selepas mengadakan lawatan tapak bagi melihat perkembangan projek ini berkata idea ini akan digunakan untuk beberapa projek perumahan mampu milik yang akan dibina kelak. “Tahniah saya ucapkan kepada PKNS dan pihak arkitek kerana memikirkan konsep ini dengan menampilkan beberapa kemudahan kepada OKU.
“Reka bentuk disini lebih luas berbanding rumah kos rendah. Tedapat balkoni bagi setiap rumah serta disediakan tempat santai dan berkumpul untuk orang ramai di tingkat atas,” katanya.
Katanya, setakat ini Kerajaan Negeri masih berbincang untuk memperuntukkan beberapa unit rumah kepada OKU dalam projek perumahan akan datang.
Konsep ini sebenarnya difikirkan hasil perbincangan secara menyeluruh melibatkan pihak Kerajaan Negeri, pemaju dan swasta.
Kos pembangunan projek ini ditanggung sepenuhnya oleh PKNS dengan keluasan 700 hingga 800 kaki persegi (kps) dan ia terletak di atas tanah pegangan bebas. Harga jualan bagi seunit pangsapuri ini dalam lingkungan RM60,000 hingga RM99,000 dan dijangka tidak melebihi RM150,000.
KOMEN
SAYA SOKONG DAN CADANG DI PERLUASKAN KONSEP INI, TAHNIAH PKNS

Rekabentuk Mesra OKU Perlu Di Praktikkan
Rekabentuk Mesra OKU Perlu Di Praktikkan SEGERA, Kerajaan dan pihak pemaju swasta di gesa mempraktikkan rekabentuk yang mesra oku samada dalam bangunan atau luar bangunan. Rekabentuk ini sudah ada dalam piawai JPBD , cuma tidak dilaksanakan, kerajaan di gesa melaksanakan rekabentuk mesra oku di semua bangunan kerajaan dan swasta,
OKU harap kerajaan sirius dalam membantu oku, kerana saya malu dengan negara orang putih yang mesra rakan oku mereka. kita sokong senator oku dilantik di parlimen, bagi pantau dasar oku dilaksanakan.
CONTOH REKABENTUK MESRA OKU

Cinta OKU hingga kejinjang pelamin
Cinta OKU hingga kejinjang pelamin. Cerita dari FELDA BUKIT BADING - “Walaupun sekadar berkenalan melalui facebook,
namun saya dapat rasakan suami seorang yang baik hati. Melihat sendiri
dia memandu kereta walaupun tiada tangan, suara hati saya kuat
mengatakan dia bukan OKU biasa.”
Demikian secebis kisah cinta antara Hedza Azwin Hasbullah, 25, yang disatukan dengan seorang OKU dari Felda Bukit Bading, Mat Jamil Ramli, 29, pada 6 September lalu, manakala majlis sambut menantu pula diadakan di sini, kelmarin.
Hedza Azwin yang berasal dari Melaka berkata, dia mula berkenalan dengan suaminya menerusi facebook sekitar 2010 dan pada awalnya hanya menganggap Mat Jamil sebagai kawan biasa serta rakan sekerja memandangkan mereka bernaung di bawah syarikat sama, tetapi berlainan cawangan.
Namun katanya, lama-kelamaan perasaan sayang mula bercambah kerana sikap Mohd Jamil yang begitu mengambil berat dan baik hati.
“Suami bekerja sebagai pereka grafik di Subang Jaya, manakala saya di Melaka. Mulanya saya sukar mempercayai dia boleh memandu kereta, namun tanggapan itu berubah ketika kami bertemu apabila dia (suami) datang sendirian sambil memandu kereta.
"Ketika itu hati saya kuat mengatakan suami bukan calang-calang orang. Walaupun OKU, saya yakin dia seorang yang berdikari dan kuat semangat. Biarpun suami tidak sempurna, namun saya tidak rasa kekurangan itu, sebaliknya bersyukur kerana bertemu jodoh dengan insan yang sentiasa berfikiran positif,” katanya, kelmarin.
Sementara itu, Mat Jamil yang merupakan anak ketiga bagi pasangan Ramli Husin, 55 dan Jarah Mohamad, 52, berkata, dia tidak mempunyai kedua-dua belah tangan sejak lahir dan bersyukur kerana dikurniakan isteri yang cukup memahami.
“Walaupun tidak mempunyai tangan, saya sentiasa berfikiran positif. Sejak kecil saya dididik berdikari, malah saya turut mengambil SPM bersama pelajar normal pada 2003 di SMK Ajil,” katanya

Thursday, October 10, 2013
Rekabentuk Ramp Sesuai Untuk OKU
Rekabentuk Ramp Sesuai Untuk OKU, Ramp dengan kecerunan tidak lebih daripada 1:12 hendaklah disediakan sebagai kemudahan masuk/keluar dari paras jalan akses ke paras ruang legar bangunan; - Sumber DBKL
Rekabentuk tak sesuai lihat gambar bawah
Kecerunan lebih 1: 12

Guna akta jalan parit dan bangunan 1974 untuk kuatkuasa prasarana OKU
Guna akta jalan parit dan bangunan 1974 untuk kuatkuasa prasarana OKU. Seseorang yang tidak mematuhi kehendak-kehendak undang-undang kecil ini boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit dan juga boleh dikenakan denda tambahan tidak lebih daripada satu ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepaskan dijatuhkan hukuman (Rujukan: Sek. 127, Akta Jalan, Parit Dan Bangunan. 1974).
Sekurang-kurangnya kemudahan-kemudahan berikut hendaklah disediakan di bangunan sediada mengikut MS 1183 dan MS 1184:-

- –‘ramp’ dengan kecerunan tidak lebih daripada 1:12 hendaklah disediakan sebagai kemudahan masuk/keluar dari paras jalan akses ke paras ruang legar bangunan;
- –tandas khas untuk kegunaan OKU hendaklah disediakan 1 tandas khas : 100 (atau sebahagiannya) tandas biasa;
- –ruang-ruang khas untuk meletak kereta untuk OKU hendaklah disediakan dengan kadar 1 ruang khas : 100 (atau sebahagiannya) ruang biasa tertakluk kepada sekurang-kurangnya 2 ruang khas hendaklah disediakan bagi kegunaan OKU;
- –Minima satu lif penumpang hendaklah disediakan untuk kegunaan OKU dan lif berkenaan hendaklah dikawal oleh seseorang pengawal lif sepanjang masa bangunan dibuka kepada orang awam, sekiranya lif tersebut tidak dilengkapkan dengan cirri-ciri yang ditetapkan dalam MS 1183 dan MS 1184.
- –Lif bomba boleh digunakan untuk mengeluarkan OKU dari bangunan pada masa kecemasan tertakluk kepada ‘evacuation’ dilaksanakan di bawah arahan dan kawalan pengurusan bangunan dengan menggunakan suatu prosidur dalam MS 1183; dan
- –‘refuge’ hendaklah disediakan pada tiap-tiap tangga terlindung di setiap tingkat. Refuge tersebut merupakan tempat terlindung sementara bagi OKU sementara menunggu bantuan untuk mengeluar dari bangunan pada masa kecemasan.
SOKONG WAKIL OKU DI PARLIMEN
SOKONG WAKIL OKU DI PARLIMEN. Kami golongan OKU sokong langkah kerajaan lantik wakil oku sebagai senator. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sudah
menyerahkan beberapa nama untuk dipertimbangkan sebagai senator dalam
kalangan orang kelainan upaya (OKU) sebagai wakil di Dewan Negara.
Ia berikutan keputusan kerajaan yang bersetuju melantik wakil OKU bagi memastikan ada wakil daripada golongan itu untuk menyuarakan sebarang isu dan masalah dihadapi mereka.
Bagaimanapun, Menterinya Datuk Rohani Abdul Karim berkata, buat masa ini pihaknya enggan mendedahkan nama berkenaan.
“Nama yang dicadangkan itu mewakili pelbagai kategori OKU, tetapi apa yang pasti ialah kita mahu seseorang yang aktif dan boleh menyuarakan pelbagai perkara mewakili OKU di negara ini. “Kita menunggu i pengumuman berkenaan dan kemungkinan ia akan diumumkan dalam masa terdekat memandangkan kerajaan memberikan maklum balas terhadap cadangan ini sejak dua minggu lalu,” katanya pada sidang media selepas majlis ramah mesra bersama Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) di sini, semalam.

Persidangan OKU Mahu Akta OKU Berkuasa
Persidangan OKU Mahu Akta OKU Berkuasa. Golongan kurang upaya (OKU) mengharapkan sistem perundangan yang lebih mantap bagi membela nasib dan hak golongan berkenaan. Peguambela dan peguamcara cacat penglihatan, Mohammad Faizal Che
Yusof berkata, pindaan juga wajar dilakukan pada Perlembagaan supaya
golongan OKU di negara ini tidak didiskriminasi.
“Kita sudah ada Akta OKU tetapi pelaksanaanya belum menyeluruh,” katanya pada Persidangan Orang Kurang Upaya (OKU) Darul Naim Peringkat Kebangsaan di Hotel Raudah, Kota Bharu pada 13 Mac 2012.
Aktivis OKU itu juga menekankan mengenai perlunya pendaftaran wajib bagi anak-anak yang dilahirkan cacat.
“Proses pengesanan awal OKU perlu dibuat secara lebih berhemah supaya dapat dikesan seawal mungkin.
“Untuk itu, perlu ada doktor pakar ditempatkan di pusat-pusat perubatan seluruh negara,” katanya pada persidangan yang dihadiri OKU dan kelompok prihatin OKU.
Menurut Mohammad Faizal, hasil persidangan ini, suatu memorandum akan diserahkan melalui Majlis Peguam kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada Sabtu ini.
Soal kemahiran hidup dalam kalangan OKU turut dibincangkan oleh pembentang dan peserta.
“Pihak berkuasa perlu memberi kemahiran yang cukup kepada golongan cacat supaya mereka dapat hidup dengan selesa dalam masyarakat.
“Daripada sekitar 1.4 juta kakitangan awam, hanya sekitar 1,500 atau 0.1 peratus adalah OKU, sedangkan dasar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meletakkan sasaran minimum 1 peratus OKU,” katanya.
Menurutnya, Akta OKU pula umpama harimau yang tidak bertaring kerana walaupun kelihatan dan kedengaran gah, tiada apa-apa kesan sebenar yang nyata dalam membela golongan OKU

AKTA OKU 2008 PERLU POWER
AKTA OKU 2008 PERLU POWER,
Oleh : BERNAMA
Tarikh : November 18, 2011
KUALA LUMPUR - Ahmad Jasmon, seorang yang kurang upaya dan terpaksa
menggunakan kerusi roda untuk bergerak, telah berkunjung ke sebuah mesin
juruwang otomatik (ATM) untuk mengeluarkan wang di sebuah kompleks
membeli-belah di sini.Tarikh : November 18, 2011
BANK INI SANGAT PRIHATIN |
"Begitu pahit rasanya, orang itu tidak langsung rasa hormat terhadap individu yang sedang beratur di depannya. Apatah lagi orang yang didepan adalah orang kurang upaya yang menggunakan kerusi roda dan adalah mustahil jika beliau tidak nampak saya," Ahmad memberitahu penulis baru-baru ini.
"Kalau mereka yang kurang upaya enggan membantu, saya tidak kisah sangat tetapi menjalankan diskriminasi adalah perkara yang lain," tambah Ahmad.
Tidak menghairankan. Penulis mempunyai pengalaman yang serupa ketika beliau mahu mengeluarkan wang dari ATM di satu hospital di sini. Menurut apa yang pernah dialami penulis, ada segellintir masyarakat yang enggan mengambil tahu tentang mereka yang menggunakan kerusi roda dan situasi-situasi sebegini berlaku setiap hari.
Gambaran di atas adalah antara isu yang dihadapi oleh orang kurang upaya (atau OKU seperti dikenali umum) di negara ini.
SALAHGUNA KEMUDAHAN
Sememangnya telah terdengar banyak rungutan mengenai salahguna kemudahan yang disediakan untuk OKU.
Wahab Jamil yang telah kehilangan sebelah kakinya dalam satu kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lepas memberitahu:
"Saya mempunyai isteri yang juga cacat semenjak lahir dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Membeli barangan keperluan di kedai adalah satu perkara mustahil bagi kami suami isteri kerana kebanyakan kedai runcit mempunyai tangga dan tidak boleh digunakan untuk kerusi roda. Satu-satunya tempat yang sesuai bagi kami adalah pasaraya hiper di mana mudah bagi OKU untuk masuk.
"Hipermarket menyediakan ruang parkir bagi OKU tetapi petak-petak ini selalu disalahguna oleh mereka yang lain walaupun ada papan kenyataan yang diletakkan oleh pihak pengurusan hipermarket.
"Kerap kali saya terpaksa meninggalkan kenderaan jauh dari pintu masuk hipermarket dan terpaksa menolak kerusi roda isteri saya masuk ke dalam premis. Kemudian saya terpaksa berulang-alik menolak isteri serta barangan yang kami beli merentasi jarak agak jauh ke kenderaan.
"Sudah tentu ianya akan menjadi lebih mudah jika saya berpeluang menggunakan petak parkir yang disediakan untuk pemandu cacat yang berhampiran dengan pintu masuk. Sedihnya petak parkir ini telah disalahguna oleh mereka yang tidak prihatin terhadap OKU," keluh beliau.
Mendengar keluhan warga OKU, tidak hairanlah isu petak parkir untuk OKU disalahguna oleh segelintir masyarakat. Begitu juga tandas yamg mempunyai tanda 'orang di atas kerusi roda'. Kemudahan ini jarang sekali terlepas daripada penyalahgunaan oleh mereka yang upaya.
AKTA UNTUK ORANG UPAYA
Parlimen telah meluluskan Akta Orang Kurang Upaya pada 24 Dis, 2007 (Akta 685). Akta ini kemudian diwartakan pada 24 Jan, 2008 dan berkuatkuasa mulai 7 Julai pada tahun yang sama.
Akta ini memberi hak bagi pendaftaran, perlindungan, pemulihan dan pembangunan orang kurang upaya serta kesejahteraan kumpulan ini. Akta ini juga menukarkan konsep OKU dari berasakan kebajikan kepada yang berasaskan hak.
Akta ini memberikan peluang serta taraf dan penglibatan yang sama bagi golongan kelainan upaya sepadan dengan mereka yang normal.
Tetapi adakah akta ini memberikan perlindungan yang secukupnya bagi kemudahan yang disediakan untuk OKU? Wujudkah penalti bagi mereka yang menyalahguna kemudahan seumpama?
RUNGUTAN
Memang terdapat banyak rungutan terhadap penyalahgunaan kemudahan yang disediakan bagi warga kurang upaya.
Apa kata mereka yang mempunyai pengetahuan tentang Akta ini?
Menurut pandangan peguam-peguam, Akta OKU 2008 hanya semata-mata bercorak pentadbiran dan tidak mempunyai 'sengat' kerana ia tidak mengenakan tindakan ke atas mereka yang tidak membuat aduan.
Pengamal undang-undang N. Surenthiran berkata tidak ada penalti dikenakan terhadap mereka yang menyalahgunakan kemudahan itu walaupun ia berlaku secara terang.
"Untuk masa ini, sesiapa yang normal yang didapati menyalahguna kemudahan OKU seperti tandas, petak parkir dan lain-lain tidak dikenakan tindakan.
"Pihak berkuasa mahu mendidik pihak awam tetapi ada segelintir ahli masyarakat yang tidak peka terhadap keperluan OKU," kata beliau.
Surenthiran mengambil contoh 'Larangan Merokok' yang begitu berkesan terhadap mereka yang merokok di tempat awam.
"Kenapa tidak dikenakan penalti terhadap mereka yang menyalahguna kemudahan OKU seperti tandas dan petak letak kereta. Hanya dengan cara ini tiada siapa yang berani melanggar peraturan," tambah beliau.
Aktivis sosial Gurmukh Singh menjelaskan tujuan Akta OKU bukannya untuk 'menghukum' tetapi untuk memberi pendidikan kepada semua.
"Bagaimanapun penalti terhadap pihak yang tidak mengadu ada dinyatakan dalam peraturan serta undang-undang kecil yang lain," katanya.
Wednesday, October 9, 2013
PERLUNYA KEMUDAHAN UNTUK OKU
PERLUNYA KEMUDAHAN UNTUK OKU. Selaras dengan pertambahan bilangan orang kurang upaya (OKU), maka lebih banyak projek yang berkaitan dengan keperluan pengguna OKU perlu dibina. Namun dalam keghairahan mengejar keperluan permintaan yang semakin meningkat, kita seolah-olah lupa kepada tanggungjawab sosial yang perlu diambilkira dalam setiap pembangunan.
Aksesibiliti merupakan aspek yang penting dalam industri pembinaan. Hal ini kerana penekanan asksesibiliti dalam industri ini akan dapat mengurangkan segala permasalahan mudah capai dalam dan luar sesebuah bangunan kerajaan, swasta dan sebagainya. Walaupun wujud beberapa akta yang berkaitan namun ia masih belum mencukupi untuk menangani pelbagai masalah kekurangan fasiliti yang berlaku.

Subscribe to:
Posts (Atom)